Sel unit Struktur_hablur

Struktur kristal sesuatu bahan (susunan atom-atom dalam satu jenis kristal yang diberikan) boleh digambarkan dari segi sel unitnya. Sel unit ialah satu kotak kecil yang mengandungi satu atau lebih atom; susunan ruang atom-atom. Sel-sel unit yang disusun dalam ruangan tiga dimensi menerangkan susunan pukal atom-atom dalam satu kristal. Struktur kristal mempunyai bentuk tiga dimensi. Sel unit diberikan mengikut parameter kekisinya, iaitu panjang sisi sel dan sudut di antaranya, sementara kedudukan atom-atom di dalam satu sel unit diterangkan dengan satu set kedudukan atom (xi, yi, zi) yang diukur dari satu titik kekisi.

  • Kiub ringkas (P)
  • Kiub berpusatkan badan (I)
  • Kiub berpusatkan muka (F)

Di dalam sel unit terdapat unit asimetri, unit terkecil sesuatu kristal boleh dibahagikan menggunakan operasi simetri kristalografi kumpulan ruang. Unit asimetri juga apa yang biasanya diselesaikan apabila menyelesaikan struktur sesuatu molekul atau protin dengan kristalografi sinar-x.